Thanks Kebaktian for this “contextual” post on Brian McLaren. Terima Kasih!
“Sessi perbincangan dan dialog oleh Brian McLaren mengingatkan saya akan pelayanan ke atas komuniti orang asli. Misi Integrasi yang disampaikan beliau memberikan ilham dan perspektif di mana ia mengembalikan maksud sebenar misi pelayanan kita. Kita dicipta untuk dunia ini. Dunia ini menjadi medan pelayanan bagi umat Kristian tidak kira dia tu pendita atau pekerja sekular biasa.
Sebagai warga kerajaan Allah di bumi ini, kita boleh merealisasikan Kerajaan Allah di muka bumi ini atau di tempat kerja serta di komuniti kita sendiri. Kita kembalikan hak asasi, pelajaran, ekonomi dan keadilan untuk orang asli. Kita boleh menunjukkan realiti kerajaan Allah dalam tempat tinggal mereka walaupun ia jauh dari arus pembangunan. Berita baik atau injil bukanlah hanya melalui percakapan sahaja tetapi juga bagaimana kita membantu memenuhi kehendak mereka seperti mana Yesus yang berbelas kasihan melihat mereka yang sakit dan miskin. Kita mahu melihat semua dimensi dan aspek iaitu kebudayaan, sosial, ethnik ditransformasikan mengikut kehendak Allah yang asal.
Kesimpulannya, marilah kita merealisasikan kerajaan Allah dalam komuniti kita dan perkerjaan kita.
“Biarlah kerajaanMu datang, Biarlah kehendakMu terjadi di bumi seperti di syurga … ” doa yang diajar Yesus
Amin
Bolehkah anda melihat kerajaan Allah dalam komuniti ini?”